Tuesday, 2 August 2016

Fudgy Brownies

Fudgy Brownies aka brownies kedut orang panggil. Ramai sangat kawan-kawan yang tanya resepi, jadi hari ni saya nak kosngsikan resepinya. Tak susah pun untuk membuatnya. Bahan pun tak banyak. Semudah 1, 2, 3. Resepi ni saya ambil dari blog Azlita Masam Manis.


Bahan-bahan:
400g Coklat Masakan / Dark Chocolate
150g Unsalted Butter
100g Gula Perang
100g Gula Kastor
4 Biji Telur Gred A
1sk Esen Vanila
100g Tepung Naik Sendiri
30g Serbuk Koko

Cara-cara membuat:
1. Satukan coklat dan butter yang telah dipotong dadu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler sehingga coklat dan butter larut.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
3. Di dalam bekas lain, satukan tepung dan serbuk koko. Kemudian diayak.
4. Tuangkan adunan telur ke dalam coklat masakan tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang petak yang telah dilapik dengan kertas minyak.
7. Bakar ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal dengan suhu 160c selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing. Apabila sudah masak, biarkan brownies dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit dan dibiarkan selama 15 minit.
(Ni sebab nak bagi gelembung lapisan coklat tu surut lalu membentuk kedutan yang renyuk seribu.)


Ok, dah siap. Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong. Kalau potong waktu panas-panas lagi nanti brownies tu berderai.

Kalau nak lebih sedap, tambah walnut sikit atas dia.
Selamat mencuba :)


Monday, 11 July 2016

Aidilfitri 1437

Alhamdulillah. 
Berpeluang untuk menyambut Aidilfitri lagi pada tahun ini. 
Taqabbalallahu minna wa minkum. 

Hari raya ni, saya sempat sediakan cheese tart je untuk tetamu, sibuk menjahit baju raya hihi.

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan bati daripada kami.


Saturday, 28 November 2015

Brownies Keduts

Alhamdulillah. 
Akhir-akhir ni banyak permintaan untuk brownies kedut.


Sunday, 11 October 2015

Carrot Cake

Carrot cake as per request. 
Thank you and selamat pengantin baru Saleha :)



Sunday, 16 August 2015

Dulang Hantaran

Thank you Fizah and congratulations!

Blue and purple theme color. So sweet!




instagram: @dberriesbakes
facebook: D Berries Bakes
whatsapp: +6019.202.6924

Sunday, 9 August 2015

Wedding Cakes


Congratulation dear my childhood friends, Maslina! 
May Allah bless both of you.



instagram: @dberriesbakes
facebook: D Berries Bakes
whatsapp: +6019.202.6924

Friday, 24 July 2015

It's Raya!


Assalamualaikum dear follower.

Wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
I'm getting busy after Raya. There are lot of orders been waiting, huh.

Have a nice Raya day!

dont forget to follow us on instagram @dberriesbakes to keep in touch with our news update :)

Wednesday, 22 July 2015

Red Velvet


Birthday Akim :)

Red Velvet with Kitkat gate. Nyum!


instagram: @dberriesbakes
facebook: D Berries Bakes
whatsapp: +6019.202.6924

Saturday, 23 May 2015

Cakes for Dulang Hantaran


Thank you Shuhaida and congrats!




Please contact us for more inquiry!

instagram: @dberriesbakes
facebook: D Berries Bakes
whatsapp: +6019.202.6924