Sunday 27 November 2011

Selamat datang!

Saya terpanggil untuk mencipta satu blog khas untuk kek selepas menerima beberapa desakan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga selepas saya memuatnaik beberapa keping gambar di facebook. Jadi, saya mahu memulakannya hari ini jugak.

Blog ini saya cipta khas untuk kek sahaja. Maksudnya, apa-apa saja yang berkaitan kek dan coklat. Sebenarnya, saya asyik mengumpul semangat dan bertanyakan tips mengenai bidang business online daripada teman-teman yang lebih berpengalaman. Tak mahu bercerita panjang. Saya hidangkan beberapa keping gambar untuk membangkitkan selera anda supaya berkunjung lagi dan bersedia untuk membuat tempahan daripada saya, ok.