Tuesday 2 August 2016

Fudgy Brownies

Fudgy Brownies aka brownies kedut orang panggil. Ramai sangat kawan-kawan yang tanya resepi, jadi hari ni saya nak kosngsikan resepinya. Tak susah pun untuk membuatnya. Bahan pun tak banyak. Semudah 1, 2, 3. Resepi ni saya ambil dari blog Azlita Masam Manis.


Bahan-bahan:
400g Coklat Masakan / Dark Chocolate
150g Unsalted Butter
100g Gula Perang
100g Gula Kastor
4 Biji Telur Gred A
1sk Esen Vanila
100g Tepung Naik Sendiri
30g Serbuk Koko

Cara-cara membuat:
1. Satukan coklat dan butter yang telah dipotong dadu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler sehingga coklat dan butter larut.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
3. Di dalam bekas lain, satukan tepung dan serbuk koko. Kemudian diayak.
4. Tuangkan adunan telur ke dalam coklat masakan tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan gaul rata.
6. Tuang adunan ke dalam loyang petak yang telah dilapik dengan kertas minyak.
7. Bakar ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal dengan suhu 160c selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing. Apabila sudah masak, biarkan brownies dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit dan dibiarkan selama 15 minit.
(Ni sebab nak bagi gelembung lapisan coklat tu surut lalu membentuk kedutan yang renyuk seribu.)


Ok, dah siap. Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong. Kalau potong waktu panas-panas lagi nanti brownies tu berderai.

Kalau nak lebih sedap, tambah walnut sikit atas dia.
Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.